• Teratak Sri Indah,Telok Gong - Sapuan Family's Day - Hari ketiga & keempat


    Malam ni kami akan mengadakan BBQ dan memandangkan aku takkan singgah rumah bila balik nanti , aku menjemput familyku untuk datang ke sini untuk diner sama. Dapatlah mereka ubati rindu pada Thaqif hehe..

    Lepas aku membeli sarapan wat tambah-tambah yang sedia ada, aku terus ke pasar telok gong untuk mencari ikan untuk dibakar malam ni. Ramai gak yang sedang memilih ikan, semuanya orang seperti aku yang menginap di sini mencari ikan untuk dipanggang.

    Pemandangan di belakang pasar Telok Gong
    Aku membeli ikan merah , jenahak, bawal mas dan siakap, Udang dan sotong tiada pulak hari ini. So ikan jerlah. Dalam perjalanan pulang aku nasih berteka-teki cukup ke tidak lauk ni. Aku malas nak fikir banyak terus berhenti di bahu jalan untuk membeli ikan di gerai tepi jalan yang tak jauh dari pasar tadi. Ni mungkin tangkapan persendirian dan menjualnya sendiri.

    Aku menambah beberapa ekor cencaru. Jumlah keseluruhan hampir RM200 untuk ikan sahaja. Mana taknya ikan merah pun hampir RM50 seekor huhu.. takpelah kita sendiri juga yang nak makan. Pujuk diri sendiri 


    Sampai di rumah, budak-budak semua sedang mandi. Aku mesti selesaikan ikan-ikan ni dulu. Lepas habis cuci , Mama kunyit dan rempahkan ala kadar. Dah siap, aku hantar perapan ikan tersebut ke kedai runcit milik teratak ini juga untuk disimpan di dalam freezer.

    Jika dulu mereka sediakan peti ais, tapi oleh kerana penyewa tidak menjaga kebersihan, mereka hentikan kemudahan tersebut dan dibenarkan menyimpan di kedai runcit mereka sahaja.


    Petangnya tak tahu apa nak buat aku membawa anak-anak buahku jalan-jalan di pantai. Oleh kerana air sedang surut, maka kami dapatlah pergi ke banting-banting pasir yang wujud.

    Rupa pantai yang sedang surut
    Jam 5.00 petang aku dah start nyalakan api. Cukup punya susah. Angin dari laut dan darat cukup kuat. Penghadang pun dah keliling aku pasang, pun tak boleh-boleh juga. Abah pun tak putus asa menghidupkan api sampai tiub basikal nak habis dibuatnya.

    Kami terpaksa mengalah, terpaksa menunggu angin kuat ini reda sikit. Lepas jam 6.00 petang baru kami berjaya hidupkan api. Lega !

    Senja berlabuh | Pantai Telok Gong | 19:17:42 PM
    8.30 malam baru aku selesai membakar, mujur baranya tahan lama, jadi tak perlu nak tambah arang lagi. Dalam 9.00 lebih baru keluargaku sampai. Hidangan pun dah siap, so terus makan jer lah sambil sembang-sembang.


    Siput panjang 
    Gambar selfie dari Sha cat. 
    Mata Thaqif macam lebam kene tumbuklah..


     Hari keempat

    Hari terakhir kami di Pantai Telok Gong , Kuala Sungai Baru. Paginya budak-budak tak lepaskan peluang untuk bermandi manda buat kali terakhir. Thaqif pun sama. Mama nak cuci pipi Thaqif dengan air laut biar pulih sepenuhnya.

    Tamatlah percutian ekonomi kami ini 4H 3M. Kalau tak puas budak-budak ni mandi laut, tak tahulah nak cakap apa. Semoga kami semua dimurahkan rezki dan dilapangkan waktu pada akan datang untuk bercuti bersama-sama lagi AMIN..


    sesi terakhir mandi laut sebelum berangkat pulang


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment