Semalam mertua dan adik iparku dari Johor ke sini ( kota damansara ). Tapi kami plan bertemu kat i-City dulu. Walaupun dah berkali-kali ke sini mesti tak jemu sebab sentiasa berubah-berubah. Kalau nak tengok rupa i-City sebelum ni leh masuk kat entri
Jun 2012 ,
Dec 2013. Dan ini kali pertama untuk permataku Thaqif ke sini.
Jam 5.30 petang kami dah bertolak ke i-City . Nak dapat parking atas punya pasal. Oleh kerana jalan begitu lengang, jam 6.00 petang kami dah sampai. Aku park betul-betul depan Maybank i-City, senang aku nak withdraw duit kang.
Cek ngan mereka masih di Ayer Keroh, lama lagi gak tu, so kami masuk dulu ke restoran chicken rice shop , selesa sikit jika Thaqif nak menyusu. Dah masuk takkan nak minum jer kang, kami pun makan lagi lah walaupun dah lunch.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoqyXTpkS_XPwylbkD29puS6W3_Q1H3y65EhQxoNOwOiv-i9GMevhJuJob41h6O3okKbMsczhK8qcwEIgvqEm3fpuJYDRweA-wMd651SDMUh4OVwmsYGwpUmzLiiulCHIgk3vW3Y5f1sE/s1600/2015-02-07+18.11.32.jpg) |
Chicken Rice Shop, i-City, Shah Alam | Bukan sekadar nasi ayam |
Habis makan kami decided untuk bersiar-siar dahulu sementara menunggu mereka sampai. Ternyata banyak sekali perubahan yang berlaku.
Oleh kerana mak mertua aku gemar chicken chop, aku bawakan ke
Mr Steak House , dan kali ni dagingku masak sepenuhnya..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4oLkhKJ82Kn4tttTXlc2FcjaYXYzU6jJAmEsQoH1TimvrcGKHQyoaiBlKsYTls-Dof5mKmXWTuhfh423gifRgm1D4EK8yHruI73LuslNzyMrNrcti83EQYAVziQWT3QIfhwdWR4aoHO8/s1600/2015-02-07+23.34.36.jpg) |
Mata Thaqif dah segar dari tidur ketika dalam perjalanan pulang tadi |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUAz44GmpJNOUjDABg3NkgFJdf2NEB9DCk7cS0CHDiMtCVypdTQplx5UorUT25CcyDTUHeIhxc8TBkSlcTqvXPMtJZNDN2jdZBvsp_2ubZMWowybcvlq0io1AylEWW-EX98qN1__9EPz0/s1600/2015-02-07+23.47.40.jpg) |
Semua tengah tekun menikmati hidangan |
No comments:
Post a Comment