Monday, February 09, 2015

Bunga - Bunga Cinta Yang Mempersona


Kami telah bawa mak ke tempat yang dia minati, kedai bunga dan landscap di Sungai Buloh. Oleh kerana Chinese New Year dah semakin dekat, pokok-pokok limau mula membanjiri di setiap kedai.


Kedai-kedai ini terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, tidak jauh dari Hospital Sungai Buloh. Kalau nak ke sini, selepas jumpa Hospital Sungai Buloh dibahagian kanan anda, jalan terus lagi ke hadapan hinggalah jumpa Pusat Kawalan Kusta Negara. Kedai-kedai ini berada disepanjang bahagian kiri selepas masuk pusat kawalan tersebut.

Lada merah jenis jambak
Antara kedai yang terdapat di sini
Dijual khas untuk Chinese New Year
Pokok bunga kertas yang berharga ratusan ringgit
Tak lama mana pun kami kat sini, ye lah hanya mak je yang minat, Mama dah surrender taknak tanam pokok bunga lagi sebab asyik mati. Pilih  punya pilih akhirnya pokok daun keladi gak yang mak beli... Menurut mak harganya agak mahal jika dibandingkan di Benut. Entahler...

No comments:

Post a Comment