• Pengalaman berharga 2 minggu sebagai Mr. Mama - Part 1

    Hujan agak lebat juga membuatkan kereta kami bergerak perlahan . Akhirnya kami sampai selepas Maghrib juga. Mama sibuk membelek-belek pam susu yang bakal digunakan entah berapa lama. Aku sibuk mengemas bilik tidur yang mana hanya aku dan Thaqif sahaja tidur malam ni dan malam-malam seterusnya. Anas pula sibuk menghubungi adik dan rakan-rakannya yang boleh menjemputnya pulang. Maklumlah plan asal kami akan balik sama tapi tak sangka jadi begini.

    26 September 2014, jam 8.00 malam, bermulalah anakku Thaqif dikuarantinkan dan aku menjadi Mr Mama. Cabaran utama adalah memberinya susu menggunakan botol susu. Maaf Thaqif dah takde yang ori lagi sekarang ni , yang getah aja. Alhamdulillah, Thaqif menerimanya tanpa sebarang masalah.. Redha jer la yer Thaqif

    27 September 2014 | 9.53AM | Timbang untuk usia 20 hari

    27 September 2014 | 3.41 PM 
    27 September 2014.
    Aku standbykan Thaqif untuk nurse datang kejap lagi untuk menimbang berat Thaqif. Entah naik ke tidak , masa umurnya 10 hari takde perubahan apa2. Harap-harap naiklah.. nanti Mama yang kene marah. Alhamdulillah berat Thaqif naik menjadi 3.25 kg. Naik dalam 750 gram dalam 10 hari ni.. banyak juga yer.. Tapi yang tak bestnya, Dayah pulak kena chickenpox.....

    Cabaran bagi aku adalah nak mandikan Thaqif, Mama pun lum berani wat lagi. Selama ni mak mertua aku yang watkan.. dengan bantuan youtube , akhirnya aku berjaya gak... Thanks Google dan Youtube hehe.

    27 September 2014 | 10.47 PM | Mujur boleh terima botol susu

    28 September 2014.
    Memang takleh cakap apa dah, sekarang ni mak mertua kua pun dah kena chickenpox, so sekarang ni takdelah sapa-sapa orang perempuan yang boleh pegang dia..  jadi aku harus menjaga sepenuh masa.


    28 September 2014 | 1.13 PM 

    29 September 2014 | 1.17 PM 

    29 September 2014 | 9.28 PM | Tengah cup cup 

    30 September 2014

    Ketika memberi Thaqif susu jam 4.00 pagi, aku ternampak bintik merah mencurigakan, aku selak bajunya pulak, juga ada di dada kanannya. Wah.. aku tak tahu ni ruam ke apa.. aku shoot pic dan whatsapp Mama suh dia tengok. Rupanya ruam sahaja.. Lega !

    30 September 2014 | 12.20 AM | Anak bujangku tak nak tidur
    30 September 2014 | 4.21 AM | Adakah ini chcikenpox ?
    30 September 2014 | 4.23 AM | Bintik-bintik merah di badan Thaqif

    Lebih kurang jam 10.00 pagi aku hantar mak mertua ke klinik Rashid, Badannya masih lemah maklumlah orang dah berumur, antibiotik pun dah tak kuat, memang menurut doktor orang dewasa akan teruk kesannya jika terkena chickenpox ni.

    30 September 2014 | 3.16 PM 
    30 September 2014 | 3.50 PM | Papa baru mandikan Thaqif

    1 Oktober 2014

    Anak kak Ros yang bongsu si Dhiya, semakin teruk chickenpox nya. Setelah dibawa ke HSA, doktor sendiri pun terkejut bagainana baby boleh terkena sehingga teruk macam ni. Bila di scan , mujur tiada jangkitan pada paru-paru.

    Hari ini Usu balik. Fuh .. lehlah aku keluar ke mana-mana sekejap, aku nak kena gi bank keluarkan duit sikit. Lagipun dia leh setlekan everything.


    1 Oktober 2014 | 12.01 AM 
    1 Oktober 2014 | 1.54 PM
    2 Oktober 2014 | 12.26 AM
    2 Oktober 2014 | 10.36 PM
    3 Oktober 2014 | 11.00 AM | Mandi awal sebab Usu yang mandikan

    Kawasan kampung macam sini 2 hari gak delivery time dia
    Kelengkapan mengharungi tempoh kuarantin
    Nursing pillow, kurang sikit penatnya kalau guna ni, letak laptop pun selesa haha
    5 Oktober 2014 | 1.14 AM | Masih mamai nak tidur
    5 Oktober 2014 | 06.00 PM | Puas hati bila tengok Thaqif abiskan susu

    Moga Mama cepat sembuh... kalian sudah saling rindu-merindui.. Papa pun dah letih kurang tido haha.. kalaulah leh tido siang time Thaqif tido, cergasla sikit....

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment