• Pulang ke Melaka - Persiapan majlis Aqiqah

    Jam 3.00 petang lepas lunch kami terus berangkat pulang ke Melaka. Syukur jalan lengang dan cuaca pun baik tak hujan.

    Petanda dah masuk sempadan Alor Gajah dan Rembia
    Petanda dah nak masuk kke simpang rumah parent aku
     Ketika perjalanan hampir sampai, aku cuba snap beberapa picture untuk guideline family aku dari Benut hadir ke sini esok. Adanya gambar senang sikit nak faham.


    5.30 petang kami sampai. keluar jer kereta dah terbau lemang yang hampir masak. Dah macam raya la pulak. Aik kata nak bakar 30 batang jer ? Tapi ni dah 40 batang ! Bagi kami sekeluarga lemang Papa cukup sempurna, lemak masinnya. Perfect !! Terima kasih Atok !!



    Malam tu semua sibuk dengan kerja masing-masing. Dah macam kerja kahwin lak. Aku ke farmasi Alor gajah mencari ubat gatal Mama. Bila terfikirkan malam ni semua busy, jadi mungkin tak sempat masak, aku belikan KFC untuk makan malam.

    Ya Allah semoga urusan esok dipermudahkan AMINNN....

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment