Friday, October 24, 2014

Thaqif di tahan wad - Hospital Columbia Asia - Hari ke 2


24 Oktober 2014. Jam 7.00 pagi aku dah cergas , cek e-mail cam biasa, cek order kalau ada. Pastu cam biasa aku layan forum, fb , ebay , lelong , mudah dan sebagainya. Jam 7,30 pagi aku tengok 2 insan tersayang ni masih nyenyak tido. Kene aircond kot . Lena betul. Aku takleh nak sambung tido sebab sejuk sangat. Ruginyer...

Nyenyaknya anak Papa tidur

Tak lama lepas tu aku kejut Mama tuk standby doktor datang, kata nurse semalam, pagi sekali dan petang sekali. Pagi kul bape kami tak tahu, kalau ikut pagi takrifan kami jam 10 hehe.. Sementara tunggu doktor sampai aku turun ke cafe membeli sarapan. Mamanya nurse dah hantarkan. Aku beli kueh tiaw goreng lambaknya dan telur mata RM3.50 , ada gak yang murah kat sini.

Bilik air dah mcam hotel
Bilik air yang bersih dah luas

8.40 pagi doktor masuk buat pemeriksaan. Alhamdulillah, doktor cakap dah start kering dan tiada nampak tumbuh yang baru, dalam mulut, mata pun tiada. Dan yang paling penting paru-paru dan otak bebas dari vairus ni. Syukur.. Sesi petang juga sama, feedback yang baik, demam pun dah reda, jadi doktor akan kurangkan dos dan masa dijarakan dari 4 jam ke 6 jam .


10.13 pagi. Tak sampai hati nak kejutkan makan ubat
Lunch Mama vs lunch Papa

Kak Ros dan Abang Zaidi datang melawat

Diner Mama vs Diner Papa
Dah jam 10.30 malam masih tak tidur lagi dari petang
Edisi seram..

Dah jam 1.00 pagi Thaqif masih tak tidur lagi. Dari petang lagi sebenarnya Thaqif tak tidur, bila disusukan asik nangis jer tak nak. Mama mula teringat pesan Emak,  Mungkin ada sesuatu yang mengganggu. Bila Thaqif asyik memandang ke bumbung jer Mama dah mula panik. Thaqif diserahkan kepadaku. Aku terus membacakan Ayat 285-286 , Surah Al-Baqarah dan Ayat 128-129, Surah At-Taubah. Memang yer Thaqif asyik memandang ke atas, tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang. Adeh malam jumaat lak tu. Aku membawa Thaqif ke setiap sudut bilik, nampaknya hanya sudut yang bertentangan highway sahaja yang dia mendongak ke atas . Sah ada sesuatu yang usik Thaqif. Anak jin nakal barangkali nak ajak Thaqif main takpun diagah-agahnya. Aku bawa Thaqif ke sudut yang dia tak mendongak ketakutan dan terus berulang-ulang membaca ayat tersebut. Alhamdulillah, dia terus lena. Benda macam ni tak kira  tempat, mana-mana pun leh kena. Tapi kawasan pantai, kawasan dekat hutan paling mudahlah golongan ni ada. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment