• Thaqif Dah Berusia 50 Hari

    27 Oktober 2014

    Hari ini kami akan pulang ke Benut semula. Pada mulanya nak gerak balik pagi , tapi Mama aku desak suh balik lepas makan, dan memandangkan dah hampir tengah hari, kami pun setuju balik petang, asalkan sampai Benut sebelum Maghrib.

    Pukul 5.00 petang kami dah sampai Benut, Mama ajak ke pekan untuk membeli baju jenis jaring untuk Thaqif, juga diapers untuk Thaqif. Hari ini genap umurnya 50 hari dan Thaqif sudah mula pakai diapers saiz S ! Dah besar anak bujang Papa ni..

    Elok-elok jer sampai depan Pasarayaku, Thaqif bangun dari tidurnya... Ha.. Mama tak bolehlah gi shopping.. so aku jerlah keluar ke kedai Sri Tanjung tuk beli diapers Thaqif.


    Lepas Maghrib , aku keluar sekali lagi ke pekan untuk membeli sabun dan losyen yang di sarankan oleh Doktor Razlina, dari jenama Sabamed. Bagus ke jenama ni ? Mama tahu pasal jenama ni sebab dia rajin menggoogle hehe. Ketika nak bayar aku sempat menanyakan pada penjaga kaunter tentang keistimewaan product ni..

    " bagus untuk alahan kulit.... "

    jawapan camtu aku pun tahu haha...



    Malam nyer aku hanya mengira duit sumbangan atau duit tilik bayi yang Thaqif dapat.. Ada dalam RM625.. Dah boleh buka akaun bank ni , tapi bank apa ya? Kalau nak masuk ASB mesti umur 6 bulan..
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment