• Restoran Makanan Cina Muslim MOHD CHAN ABDULLAH (Klang Sentral Meru)


    4.30 petang baru selesai program di Rumah Positive Shelter Home ( POSHe ). Perut dah bercromok minta di isi, asalnya nak ke Aroma Ikan Bakar di Jeram Kuala Selangor, tapi bila dah terlalu lapar camni, nak drive lagi sejam dah tak sanggup rasanya.

    Ridza mencadangkan kami makan di restoran masakan cina yang selaluan jalan untuk pulang. Kami tak banyak fikir semua setuju. Dalam kepala otak aku, udang butter cream dah tercatit menu wajib nanti hehe


    Restoran Makanan Cina Muslim MOHD CHAN ABDULLAH (Klang Sentral Meru)


    23-25, Jalan KS 10/KU5,
    Taman Klang Sentral,
    Bukit Raja Meru,
    41050 Klang, Selangor





    Ni satu masalah yang selalu kita jumpa bila restoran menggunakan warga asing sebagai pelayan. Lain yang kita tanya lain yang dia jawab. Yang buat muka blur , pastu senyum , terus lari ke dapur.. Nak marah pun tak boleh, bukannya mereka paham pun, mereka hanya tau amik order dan hantar order.


    Satu lagi kelemahan bagi kami , menunya tidak menyatakan saiz hidangan untuk berapa orang makan, kalau di kedai lain ada , small atau large , tapi di sini tiada, bila ditanya staff , tersengih-sengih jer. Kalau kedai mamak dah kena aku rasa staff ni dengan Abang Shah haha.

    Udang butter cream tiada di sini so udang goreng butter ajer la

    Harganya sesuailah dengan saiz hidangan dan menu
    Secara keseluruhan , masakkannya sedap dan memuaskan, harga pun tidak terlalu mahal dan berbaloi. Kalau ditanya nak makan lagi ke kat sini ? Ya , aku nak , nak cuba menu lain pulak hehe..

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment