• Burger Nusantara - Penghantaran percuma

    23 Oktober 2014. Malam ke 2 aku di wad .Jam baru pukul 8.45 malam, perut aku dah start lapar balik. Camne tak lapar, dinernya kul 6.30 petang pastu mee nya pulak tak cukup portion.

    Aku pun browsing web phd.. Nak order online,  tapi asik failed je dia nak verify alamat.. Aku dah fed up cuba cari kot-kot ada kedai makan macam kat Kota damansara yang sudi wat delivery.
    Aku jumpa satu web jual burger yang wat delivery,  Nama pun dah gempak " Burger Nusantara". Tengok menu pun dah terliur. Burger rusa, fuhh!  Lama dah tak pekena. Tapi webnya macam lama tak update. Takpe,  aku sms tanya.

    Available for Gelang Patah, Nusajaya & Skudai area, from 6.00 pm - 12.00 am

    Tak lama lepas tu aku terima reply darinya menyatakan masih beroperasi. Terus aku call order burger rusa special cheese 1, dan burger daging 1 tuk Mama kot dia tetiba lapat tengok Papa makan. Kacau stimlak nanti nak kongsi sama haha. Oh ya termasuk air feel fresh orange 1 kotak besar.
    Kurang 30 minit burger dah sampai. Cepat juga service mereka. Memang terbaik!!
    Burger Rusa Nusantara

    Burger Daging Nusantara

    siap resit detail lagi

    Akhirnya burger daging untuk Mama,  Papa yang abiskan. Mungkin takde selera sebab risau ngan Thaqif yang nangis taknak susu dan taknak tidur.

    Pada aku burgernya sedap juga,  cuma kalau dilebihkan mayonisnya lagi mantop. Apapun ada harapan tuk pergi jauh. Keyword "burger nusajaya free delivery" dia dah berjaya pegang, so tinggal nak boomkan aja. Jom support product anak tempatan kita. Calling-calling !!


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment