• Pengalaman berharga 2 minggu sebagai Mr. Mama - Final

    6 Oktober 2014

    Usu balik UTM hari ni, ini bermakna subsidi aku dah tamat. Tapi dalam waktu camni aku dah tak kekok nak handle Thaqif, Mama pun dah semakin sembuh, tiada lagi yang tumbuh baru, dan semakin kering.. Apapun aku tetap nak tunggu sampai 2 minggu, tempoh masa yang kebanyakkan pengidap akan sembuh sepenuhnya. Aku harus pulang ke Kota Damansara untuk menguruskan sumbangan komuniti pada anak-anak yatim.

    7 Oktober 2014

    Hari ini anakku Thaqif genap sebulan umurnya. Ini bermakna aku akan pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan suntikan berjadual. Yang merunsingkan aku adalah pergi seorang diri huhu. Thaqif aku baringkan di seat belakang beralaskan tilamnya. Aku memandu dengan kelajuan 40 kmph sebab takut Thaqif tergolek hehe.. Mujurlah jarak dari sini ke KK sekitar 3 KM sajer.

    7 Oktober 2014 | 9.30 AM | Nak pergi Klinik Kesihatan Benut
    Saat aku melangkah dari kereta bersama Thaqif , aku tengok  mata-mata ibu di sana semua memerhatikan aku , entah apalah yang dia orang fikir pasal aku ni haha..

    Aku tengok ramai yang menunggu. Aku terus meletakkan kad Thaqif, setelah menyemak, nurse mencadangkan aku datang semula jam 12.00 tengah hari kerana terlalu ramai yang belum selesai. Baiklah aku pulang dulu. Kemudian jam 12.00 tengah hari aku datang semuala. Seperti pagi tadi juga, semua mata memandang aku seperti aku terbang datang ke klinik ni haha... lantaklah..

    Sampai jer aku terus meletakkan Thaqif di tempat yang disediakan. Kemudian Thaqif ditimbang, Alhamdulillah beratnya kini 3.7 kg. Aku diminta tunggu untuk dipanggil memberi suntikan Hepatitis B untuk dos kedua pada Thaqif. Hepatitis B ? Satu penyakit hati yang merebak melalui darah, air liur dan air kencing yang boleh merosakkan hati sekaligus menjadi kanser unuk jangka masa panjang. 

    Punyalah Thaqif menjerit masa kena inject tu, abis keluar suara jantan dia.. Ha. tadi masa timbang nurse nak dengar suara dia sangat.. sekarang Thaqif beri habis untuk dengar puas-puas hehe..

    7 Oktober 2014 | 12.30 PM | Menanti untuk diperiksa dan disuntik Hepatitis B
    7 Oktober 2014 | 1.00 PM | Thaqif tertido lepas kena suntikan, penant menangis agaknya.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian
    BCG - dos pertama ketika lahir
    Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
    DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
    Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
    Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
    Measles-mumps-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun
    sumber : FB UniKL RCMP Medical Centre

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Thaqif tengah tidur nyenyak. Penat nangis agaknya lepas kena inject tadi.. Masa yang singkat ini aku ke pasaraya Target di pekan Benut untuk membeli wet wipes  dan Drypers. Dalam masa sebulan ni dah 3 beg gak Thaqif dah guna.. Mana taknya bila kentut pun kluar najisnyer hehe..

    7 Oktober 2014 | Untuk dipasang pada baby cot dengan harapan Thaqif tak panas

    7 Oktober 2014 | Barang kelengkapan penjagaan Thaqif. 

    Dalam pukul 4.00 petang, Pos laju sampai. Alhamdulillah dah sampai pun termometer. Benda yang harus ada dari awal lagi untuk aku monitor suhu badan Thaqif. Menurut doktor, sindrom awal jangkitan chickenpox ini adalah demam. So benda ni wajib ada.

    Aku beli dari jenama Avent, mengandungi 2 termometer satu yang klasik kepit celah ketiak dan satu yang jenis punting,  So ternyata yang jenis punting ni senang aku nak apply kat Thaqif . Aku malas nak buka baju dia takut terjaga lagi susah nak tidurkan. Time dia jaga pulak asik gerak-gerakkan badan aja.

    7 Oktober 2014 | 11.28 PM | Memantau suhu badan Thaqif

    9 Oktober 2014 | 1.24 PM
    10 Oktober 2014 | 11.30 AM

    10 Oktober 2014.

    Mama sudah sembuh, dibadan hanya tinggal parut sahaja. Hari ni Thaqif mendapat susu badan, dah rindu Mama nak susu dan gendongkan Thaqif.. Ini bermakna Thaqif sudah bebas dari dikuarantin, termasuklah Papanya hehe.. Aku bebas !

    Esok aku akan pulang ke Melaka dan seterusnya Kota Damansara, Papa akan merindui kamu berdua. Pengalaman yang tidak akan dilupakan. Alhamdulillah, sebagai Papa baru yang tiada pengalaman, cabaran ini berjaya dilalui sebaik mungkin.

    " Thaqif jangan cerewet sangat ya.. Papa esok dah balik, sian Mama nanti... "
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment