Friday, October 24, 2014

Thaqif di tahan wad - Hospital Columbia Asia - Hari ke 3 - Discharge !


Awal pagi nurse masuk dalam kul 6 pagi cek suhu Thaqif dan turun ke 36 c, chickenpox dibadannya pun dah kering dan confirm tiada tumbuh yang baru. Pukul 8 aku turun nak beli sarapan. Aku nampak doktor dah ada di kaunter nurse. Wah awal doktor sampai, ni mesti cek pun awal. Memang betul tekaan aku , aku masuk je bilik doktor dan pembantunya pun turut masuk sama.



Setelah pemeriksaan teliti, akhirnya kami dibenarkan discharge . Alhamdulillah, syukur Thaqif dah sembuh dan boleh berada di majlisnya walaupun terpaksa diasingkan dari orang ramai. So petang ni kami akan pulang ke Melaka.



Setengah jam kemudian nurse datang membawa ubat yang harus diberi Thaqif  makan mengikut  jadual masa yang diberikan. Aku tak lengah lagi pergi ke kaunter untuk menjelaskan bil. Kami sangkakan adalah baki sikit dari RM1000 tu, sekali bila kaunter sebut total semua RM1439.20, fuh !! Tarik nafas panjang aku kerana dalam dompet aku ada baki RM450 sahaja. kalau tak cukup pun mesti mereka ada swap device tu.. Tapi tu la.. kekadang failed gak transaction, mereka bukannya macam hypermarket yang ada banyak unit leh standby. Sebenarnya semalam aku nak transfer duit pada kak Ros, jadi dia boleh bawakan cash bila datang melawat kami semalam, memandangkan kat sini tiada ATM machine, aku ingatkan ada sebab di HSA ada ATM machine. Tapi kad atmnya rosak pulak erk..







Jam 11.30 pagi kami bergerak keluar dari Hospital Columbia Asia , Nusajaya. Terima kasih kepada semua kakitangan yang telah menjaga dan memberi layanan terbaik dan memuaskan.

Mujur tak jauh dari hospital dalam 2 KM sahaja ada petronas . Aku pump tayar pastu pamp poket sekali hehe.. Benut tunggu kami pulang.....

No comments:

Post a Comment